Sunday, June 20, 2021

Luahan hati yang terluka ini ..

 Berdiri di dunia yang bukan milik kita ini. 

Jangan terlalu riak dan sombong . Kerana, Dia tahu siapa hambaNya.

Bukan mahu menceritakan aib manusia tetapi sampai masa dalam ini sudah tidak tertanggung,

perlukah di simpan lagi ?

Walaupun masih di awal gerbang, tetapi percakapanmu itu seolah menunjuk-nunjuk.

Kau terlalu hebat . Kau yang betul dengan semuanya .

sampai kan ibu bapa orang kau hina ..

Apa kau rasa jika kau berada di dalam kasutnya pula?

Jika orang menghina ibu bapa mu yang mana telah membesarkan mu dengan baik .

Dan dengan ajaran agama dan adab yang baik .

Tetapi,

Kau tidak sedar yang kau sendiri telah menghancurkannya .

Luluh hati ini. .

Biarlah salahnya aku yang tanggung, jangan kau hina sesuka hati orang yang menjaga, memberi makan dan tempat perlindungan pada ku dari kecil hingga dewasa kini..

Sedarlah manusia..

Aku tahu aku tak sebaik sikap mu . 

Aku tahu semampu dirimu .

Aku tak sebijak dirimu .

Namun,

Allah SWT memberikan aku satu kelebihan dalam diri ini yang itu sentiasa bersabar .

Dugaan dan ujian itu sememangnya ada dalam kehidupan ..

Sabarlah hati ..


Wednesday, June 16, 2021

MENGAPA ?

 

Kenapa mereka selalu fikir mereka yang bagus?

Kenapa mereka selalu fikir cara mereka adalah yang terbaik dari orang lain?

Kenapa perlu ada nama ibu bapa yang di libatkan?

Sedangkan aku tahu salahnya dating dari diri aku sendiri.

Bagi aku, setiap ibu bapa adalah yang terbaik di mata anak-anak mereka.

Melainkan ada yang mempunyai masalah dengan keluarga sendiri .

Tapi,

Takkan mungkin salah satu keluarga masing-masing tidak punya masalah.

Bagi aku, kesalahan itu lebih baik diletakkan pada anak-anak kerana perilaku msing-masing yang berbeza.

Jangan dihina atau caci ibu bapa .

Kerana,

Merekalah yang menjaga aku dari kecil hingga dewasa kini ..




HIDUP AKU

 


Setiap perjalanan berbeza buat setiap manusia yang hidup di dunia ini . 

Dunia ini milik Dia. Dan aku turut merasa nya juga . 

Setiap kesakitan dan tangisan yang mengalir ..

Setiap titis air mata yang keluar , sorok atau tidak ..

Hati aku penuh dengan kemarahan yang tak tahu dari mana arahnya .. 

Perkara yang aku banyak pendam seorang diri, aku ciptakan watak dalam diri aku sendiri. 

Hanya kerana ingin tersenyum seperti orang lain. Yang tak punya masalah atau perlu fikir untuk serabutkan kepala..

Aku bukan insan yang kuat.

Aku bukan setabah mereka.

Tapi,

Aku ingin berubah seperti mereka.. 

Aku ingat lagi pesan yang kerap bersarang dalam fikiranku.

Katanya, " Kita harus belajar bersabar dengan setiap dugaan dan ujian. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Biarlah orang membenci kita asalkan kita tidak simpan perasaan benci pada mereka. Sabarlah "

Dunia ini bagaikan roda yang berpusing . Jika kita buat orang , pasti karmanya kembali kepada kita juga. Sama juga mereka. Sejauh mana kita berlari, ianya pasti mengejar kita semula. Jadi, setiap yang berlaku dalam kehidupan ini, pasti ada kifarahnya untuk kita . .


_NF_