Setiap perjalanan berbeza buat setiap manusia yang hidup di dunia ini .
Dunia ini milik Dia. Dan aku turut merasa nya juga .
Setiap kesakitan dan tangisan yang mengalir ..
Setiap titis air mata yang keluar , sorok atau tidak ..
Hati aku penuh dengan kemarahan yang tak tahu dari mana arahnya ..
Perkara yang aku banyak pendam seorang diri, aku ciptakan watak dalam diri aku sendiri.
Hanya kerana ingin tersenyum seperti orang lain. Yang tak punya masalah atau perlu fikir untuk serabutkan kepala..
Aku bukan insan yang kuat.
Aku bukan setabah mereka.
Tapi,
Aku ingin berubah seperti mereka..
Aku ingat lagi pesan yang kerap bersarang dalam fikiranku.
Katanya, " Kita harus belajar bersabar dengan setiap dugaan dan ujian. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Biarlah orang membenci kita asalkan kita tidak simpan perasaan benci pada mereka. Sabarlah "
Dunia ini bagaikan roda yang berpusing . Jika kita buat orang , pasti karmanya kembali kepada kita juga. Sama juga mereka. Sejauh mana kita berlari, ianya pasti mengejar kita semula. Jadi, setiap yang berlaku dalam kehidupan ini, pasti ada kifarahnya untuk kita . .
_NF_

No comments:
Post a Comment